Event is FINISHED

BENGKEL ACE PERMOHONAN DAN PANDUAN MENGISI BORANG - PROGRAM PILIHAN INDUSTRI KRAF CENDANA (SESI 2)

Description

BENGKEL ACE PERMOHONAN DAN PANDUAN MENGISI BORANG PROGRAM PILIHAN INDUSTRI KRAF CENDANA (SESI 2)

CENDANA menjemput penggiat seni kraf untuk menyertai Bengkel ACE Permohonan Dan Panduan Mengisi Borang Program Pilihan Industri Kraf CENDANA (SESI 2) pada hari Selasa, 23 Februari 2021 di laman Zoom. Sesi ini adalah khas untuk semua penggiat seni kraf yang berminat untuk mengemukakan permohonan untuk program pembiayaan Pilihan Industri Kraf CENDANA atau yang ingin mencalonkan artisan lain yang layak untuk program ini.

Bukan itu sahaja, sesi ini juga akan meliputi makluman mengenai perincian Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) yang diumumkan baru-baru ini.

Bengkel ACE ini akan dikendalikan di dalam Bahasa Malaysia untuk memastikan lebih ramai golongan penggiat seni kraf yang boleh turut serta di dalam sesi tersebut.

Sila pastikan yang anda telah membaca Terma Rujukan untuk Program Pembiayaan Pilihan Industri Kraf yang boleh dimuat turun daripada laman web CENDANA di pautan berikut: Terma Rujukan Pilihan Industri Kraf CENDANA.


Sila muat turun aplikasi Zoom di komputer atau telefon bimbit anda. Memandangkan terdapat juga sesi soal jawab, sila pastikan anda membenarkan penggunaan mikrofon di Zoom supaya anda dapat bercakap dan bertanyakan soalan.

Sila pastikan anda membenarkan penggunaan kamera bagi tujuan pengesahan kehadiran anda

Daftarkan kehadiran anda di peatix secara PERCUMA untuk menyertai Bengkel ACE ini melalui butang kuning di sebelah kanan.

AGENDA
ZOOM SECARA MAYA // Selasa, 23 Februari 2021

AGENDA

2:15 PM – 2:30 PM
Daftar Masuk

2:30 PM
Ringkasan Gambaran Keseluruhan: Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA)

2:40 PM
Huraian Terma Rujukan untuk Program Pilihan Industri Kraf CENDANA
serta;
Soalan-soalan Lazim bagi Program Pilihan Industri Kraf CENDANA

3:15 PM
Panduan Mengisi Borang Permohonan

Apa yang perlu dielakkan semasa mengemukakan permohonan anda / apa yang tidak boleh dilakukan semasa memohon

4.15 PM
Sesi Soal jawab

4:30 PM
Tamat.


#####



Sponsored content